twitter


Kaunseling atau bimbingan kerjaya bermaksud semua aktiviti yang dijalankan oleh kaunselor yang terlatih di pelbagai peringkat dengan tujuan menyedia dan menggerakkan perkembangan kerjaya seseorang dalam hidupnya. Aktiviti yang terlibat adalah seperti membantu perancangan kerjaya, penyediaan diri, pengambilan keputusan dan juga penyesuaian diri.

Krumboltz dan Sheppard (1969) telah mengesyorkan agar kaedah tertentu dimasukkan dalam penerangan-penerangan vokasional dan dalam bentuk yang formal sebagai rancangan bimbingan dan kaunseling. Hal ini didasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan oleh mereka yang mendapati wujudnya keberkesanan kaunseling tingkah laku dalam beberapa bidang pengambilan keputusan, penerokaan vokasional dan pemilihan pekerjaan. 

Di dalam kaunseling kerjaya, seseorang itu dibimbing dengan meyakini dirinya sendiri, sehingga dapat membuat pilihan yang tepat dan berkesan tentang kerjayanya

Stumble
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.